“Tumbuh hendaklah berpunca,punca itu rahsia,tajam tidak menerjah lawan,lilit tidak memeluk lawan,tetapi berlegar mesra.”
Nakula (1990)
Seni, dalam masyarakat Melayu membawa kepada pengertian mengenai sesuatu yang halus. Halus dari segi saiznya mau pun dari dari segi ketelitian penghasilan sesuatu objek itu sendiri.
Pentakrifan tentang kehalusan pembuatan objek sehingga menjadi sesuatu yang cantik dipandang, disertakan dengan persimbolan-persimbolan yang berkaitan dengan budaya setempat menjadikan ia objek estetik yang mendalam maknanya. Dalam alam Melayu, perlu ditekankan juga objek atau karya seni perlu ditambah dengan satu lagi elemen yang penting; yakni berfungsi.
Ini bererti perkataan seni itu sendirinya seringkali membincangkan tentang kehalusan pembuatan sesuatu objek yang memberi kesan tampak yang menyenangkan dan dapat memberi manafaat kepada kehidupan seharian masyarakat setempat.
Menurut Frederick Antal, kesenian itu tidak boleh berlaku dalam suatu kekosongan atau vakum, tetapi hanya akan menjadi subur dan berkembang di dalam sebuah masyarakat. Ini akan mengangkat martabat kesenian menjadi sebahagian dari budaya masyarakat yang menghayatinya.
Seandainya kita ingin memahami stail kesenian itu secara menyeluruh dan lengkap, seharusnya kita mengenali budaya masyarakat di mana objek seni itu dihasilkan.
Pernyataan Antal adalah bertepatan jika dikaitkan peranan seni dalam budaya Melayu. Jadi apakah yang perlu difahami, jika kita ingin menikmati hasil kesenian dari budaya masyarakat ini secara total?
Terdapat beberapa kriteria tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam mengenali kesenian masyarakat Melayu. Dengan terciptanya kriteria-kriteria ini boleh diandaikan bahawa kesenian telah mempunyai strukturnya sendiri di dalam budaya Melayu. Struktur ini adalah berdasar kepada batasan-batasan kefahaman yang mereka anuti, kesesuaian dengan tradisi yang sedia ada dan selera sebahagian besar anggota masyarakat setempat.
Fungsi seni di dalam masyarakat Melayu dapat dilihat dalam beberapa bahagian secara umum sebagai:
1. Objek gunaan - Penghasilan karya tidak hanya dilihat semata- mata untuk mencetuskan kenikmatan penghayatan tetapi dalam masyarakat tradisi yang serba sederhana, fungsi kegunaan menjadi keutamaan. nilai estetik yang ada pada objek bermula dengan penghayatan spontan dari ringkas dan berevolusi menjadi kompleks dan halus pada peralatan kegunaan harian yang membantu ahli masyarakat menjalani kehidupannya.
2. Alat integrasi sosial - Kesenian, dalam masyarakat Melayu juga merupakan satu hasil kerja yang dapat dijadikan tarikan untuk mengumpulkan anggota masyarakat. Secara sengaja atau tidak, suasana kesenian berfungsi sebagai wadah integrasi masyarakat. Wayang kulit atau permainan gasing selalunya berupaya mengumpulkan sebahagian besar ahli masyarakat di satu lokasi, dan hasilnya mereka akan berinteraksi dan berkenalan antara satu dengan yang lainnya. Hatta, integrasi sosial berlaku.
3. Sumber maklumat - Penyampaian maklumat melalui karya seni telah berlaku sejak zaman pra- sejarah lagi. Lukisan di gua menjadi bahasa komunikasi, dokumentari yang boleh menjadi rujukan dan panduan ahli masyarakat sezaman dan zaman seterusnya. Dari persimbolan-persimbolan ringkas sehingga menjadi huruf-huruf yang diperetujui oelh ahli masyarakat setempat sebagai membawa makna tertentu.
Turutan dari titik ini, penyampaian maklumat melalui kesenian telah berkembang menjadi kompleks sehinggakan terdapat makna yang tersurat dan tersirat dalam setiap hasil seni. Malahan seni mampu menyalur bukan sekadar maklumat tetapi propaganda pihak-pihak yang berkepentingan.
Turutan dari titik ini, penyampaian maklumat melalui kesenian telah berkembang menjadi kompleks sehinggakan terdapat makna yang tersurat dan tersirat dalam setiap hasil seni. Malahan seni mampu menyalur bukan sekadar maklumat tetapi propaganda pihak-pihak yang berkepentingan.
4.Suatu perlambangan - Dalam masyarakat Melayu, nilai dan norma memainkan peranan penting sehinggakan setiap perilaku ahli-ahlinya seolah-olah dibimbing oleh pelbagai adat resam dan adat istiadat. Hasil seni diciptakan secara khusus untuk mengekalkan nilai dan norma ini agar berterusan menjadi legasi budaya masyarakat Melayu. Hasil seni berfungsi seperti keris, gong, serunai nafiri, destar, pending, seni ikatan samping dan sebagainya perlu juga dibaca sejajar dengan perlambangan-perlambangan tertentu yang telah sekian lama menjadi legasi Budaya Melayu agar kita tidak dilihat sebagai individu yang tidak tahu adat sopan.
imaginasi pengkarya dengan pengolahan bahan tertentu.
Keinginan pada keindahan adalah naluri semulajadi manusia. Maka dengan sebab itu, kebanyakkan objek kegunaan hariannya diolah bentuknya agar sedap mata memandang selain berfungsi membantu
manusia menguruskan kehidupan hariannya. Pengisian ragamhias rumah tradisi Melayu boleh dijadikan bukti pad pernyataan ini.
seperti wayang kulit, pelbagai tarian Melayu bertujuan sebagai hiburan mengisi masa lapang setelah penat bekerja seharian atau selepas sesuatu musim tertentu. Disamping sarat dengan persimbolan dan perlambangan tertentu, penyampai maklumat samada tersurat atau tersirat untuk ahli masyarakat, ia juga berfungsi sebagai hiburan yang dihayati oleh ahli masyarakat secara kolektif.

No comments:
Post a Comment